Politik

Ujian air kencing Adun Dengkil negatif

Keputusan ujian patologi pada sampel air kencing anggota Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah dan beberapa orang lagi susulan serbuan di sebuah kondomonium di Puchong, Januari lalu didapati negatif.

“Keputusan ujian air kencing negatif,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ramli Din kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Justeru, katanya, kes itu dikelaskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), walaupun terdapat individu yang didapati positif.

“Sebahagiannya positif tetapi Jabatan Peguam Negara memutuskan mereka tidak akan didakwa,” katanya.

Pada awal tahun ini, 17 orang ditangkap dalam serbuan kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Pengarah JSJN sebelum ini Mohd Khalil Kader Mohd berkata walaupun ujian awal mendapati keputusannya positif, mereka harus menunggu keputusan ujian pathologi untuk pengesahan.

Polis sebelum ini berkata 16 daripada 17 individu yang ditahan positif dadah.

Adhif pada mulanya menafikan ditahan tetapi kemudian berkat beliau berada “di tempat yang salah pada masa yang salah”.

Minggu lepas, Adhif dan tiga lagi Adun Bersatu Selangor mengumumkan menyokong Pakatan Harapan negeri.

Sumber : MalaysiaKini

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

49 − = 46

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close