Pelik

Tandas Kencing Berdiri Untuk Perempuan Akan Disediakan Beserta ‘Corong Kencing’

Persatuan Pelancongan Hong Kong (HKTA) mencadangkan tandas urinal khas untuk wanita disediakan di semua tandas awam.

Memetik AsiaOne dan South China Morning Post, cadangan yang diutarakan pada Khamis itu bertujuan untuk mengelakkan ‘kesesakan’ di tandas wanita.

Menurut HKTA, kemudahan itu akan memendekkan masa wanita membuang air kecil kepada 1.5 minit saja, berbanding dua hingga tiga minit pada kebiasaannya.

Ia sekali gus dapat mengurangkan jumlah orang beratur di luar tandas wanita.

Selain itu, tandas awam mungkin boleh menyediakan ‘corong kencing’ pakai buang untuk membantu wanita membuang air kecil dengan lebih ‘kemas’.

“Ia lebih praktikal untuk menyediakan urinal berbanding membina bilik air tambahan terutama dalam tandas awam yang sudah lama (usang) dan kecil,” kata timbalan presidennya, Henry Hung Chi Kuen yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam karier kejuruteraan paip.

Difahamkan, kajian mendapati Hong Kong tidak mempunyai tandas awam mencukupi untuk wanita. Hingga kini, hanya 48 tandas awam diubai suai dan ditambah baik.

“Kalau begini, ia akan mengambil masa 16 tahun untuk menambah baik semua tandas awam di bandar ini,” tambahnya yang berharap Hong Kong dapat menambah baik kemudahan semua tandas awam dalam masa lima tahun akan datang.

Tidak janggal ke rupanya kalau ia benar-benar direalisasikan?

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 32 = 39

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close