Berita

Soalan lazim i-Lestari KWSP – Pengeluaran RM500 Sebulan

Berikut adalah soalan lazim asas berkaitan dengan pengeluaran i-Lestari KWSP.

1. Bilakah ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Ahli boleh mula mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020.

2.Apakah amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari?

Amaun yang layak dikeluarkan oleh ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari adalah:

i. Apa-apa baki simpanan dalam Akaun 2 tidak melebihi jumlah maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada:

• Baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat

• Bayaran bermula dari bulan permohonan diterima oleh KWSP sehingga Mac 2021

ii. Pengeluaran boleh dibuat bagi tempoh satu tahun iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021 tertakluk kepada para 2(i)

iii. Bayaran Pengeluaran i-Lestari akan mula dibuat mulai Mei 2020

3. Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui tiga saluran berikut:

i. Secara dalam talian(e-Pengeluaran melalui i-Akaun);atau

ii. Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my; atau

iii. Secara pos/pos berdaftar ke alamat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang ke dalam akaun bank ahli seperti mana di para2(i).

4. Siapakah yang layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari?

Ahli-ahli berikut layak untuk membuat Pengeluaran i-Lestari:

iv. Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap

v. Berumur di bawah 55 tahun

vi. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun2 tertakluk kepada baki Akaun 2 semasa proses pembayaran pada bulan berkenaan dibuat

vii. Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)

5.Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?

Pengeluaran i-Lestariini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahl untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

6. Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad untuk sekali sebulan?

Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

7. Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?

Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ketika ini.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi

ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh itu.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 + 2 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close