Berita

Sistem komputer Media Prima digodam, tuntut bitcoin RM26 juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Sistem komputer Media Prima, pemilik stesen TV utama dan akhbar harian, diserang penggodam yang menuntut bayaran dalam bentuk bitcoin.

Penyerang yang menggunakan perisian “ransomware” menuntut 1,000 bitcoin, sejenis mata wang elektronik, yang bersamaan RM26.4 juta, lapor The Edge Financial Daily.

“Seluruh sistem komputer kumpulan Media Prima diserang dengan ‘ransonware’ sejak empat hari lalu. Penggodam menuntunt 1,000 bitcoin,” kata satu sumber kepada harian itu.

Media Prima bagaimanapun enggan mengesahkan atau menafikan serangan tersebut, yang mengakibatkan sistem komputer tidak boleh diguna kecuali selepas wang dibayar.

Akhbar itu juga melaporkan syarikat gergasi media tersebut enggan membuat bayaran seperti dituntut, malah memindahkan sistem kepada G Suite yang dibangunkan Google.

“Mereka [penggodam] menuntut bitcoin tetapi kami enggan membayar mereka,” kata satu sumber lain seperti dilaporkan. – MMO

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 34 = 44

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close