Berita

Sembilan Kru, 25 Penumpang Feri Terkandas Tujuh Jam

Alor Setar : Seramai 25 penumpang feri dan sembilan kru terkandas kira-kira tujuh jam selepas feri yang mereka naiki dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah di sini mengalami kerosakan enjin petang tadi.

Menurut sumber, feri tersebut bertolak dari Langkawi pukul 2.30 petang dan dijadual tiba di Terminal Feri Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 4 petang.

Bagaimanapun, katanya, pihak syarikat feri terbabit menerima panggilan yang memaklumkan enjin feri berkenaan mengalami kerosakan kira-kira pukul 3.30 petang.

“Feri tersebut mengalami kerosakan enjin  ketika berada sejauh lebih kurang 15 batu nautika dari Kuala Kedah,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah di sini malam ini.

Jarak perjalanan feri dari Langjawi ke Kuala Kedah adalah dianggarkan sejauh 30 batu nautika.

Sumber itu memberitahu, feri berkenaan yang boleh memuatkan 200 penumpang itu kemudian ditunda dengan sebuah feri lain ke Kuala Kedah.

“Feri terbabit selamat tiba di Terminal Feri Kuala Kedah kira-kira pukul 10.45 malam,” katanya.

Sementara itu, sorang penumpang feri,
Norma Ishak, 57, berkata, dia menerima berita sedih mengenai kematian ibunya ketika berada dalam free berkenaan pukul 3 petang.

“Saya tinggal di Langkawi dan menaiki free berkenaan untuk menziarahi ibunya, Halijah Shafie, 80, yang sakit tenat di Kubang Rotan.

“Bagaimanapun, ketika berada dalam feri itu saya menerima panggilan ibu saya meninggal dunia.

“Saya terkilan tidak sempat menatap kali terakhir wajah ibu saya apabila jenazahnya telah dikebumikan pukul 8.45 malam tadi,” katanya. – K! ONLINE

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

51 − = 46

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close