Pelik

Remaja Indonesia ketagih minum air tuala wanita

INDONESIA – Ada kegilaan baru dikesan di kalangan remaja yang mencari kepuasan di Jakarta dan bandar sekitarnya ketika ini.

Dengan matlamat mahukan nikmat mabuk atau khayal mereka tidak lagi memilih arak atau dadah, sebaliknya tuala wanita.

Caranya menurut laporan Tempo mereka merebus produk untuk alat sulit wanita itu dan meminum airnya.

Menurut Tempo penagih air rebusan tuala wanita itu dikesan di Jakarta, Bogor, Bekasi, Depok dan Tengerang.

Memetik kenyataan pegawai Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia Sitty Hikmawatty portal itu melaporkan ‘thought’ mencari kepuasan daripada air rebusan tuala wanita itu berasal daripada rasa ingin tahu sesetengah remaja.

Hasil penemuan kesan air itulah katanya maka ia merebak kepada remaja lain.

“Mereka mencari bahan alternatif yang dapat membuat mereka glide, tenang atau gembira,” katanya.

Awal tahun ini penyelidik di Institut Teknologi Bandung Yessi Permana sempat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kegemaran baru remaja terbabit.

Namun bukan isu mabuk saja yang dibimbangi pihak berkuasa.

Dipercayai air rebusan itu mengandungi beberapa bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada mata, atau butiran polimer penyerap cecair yang berbahaya jika dimasukkan ke badan. – MK

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

75 − 67 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close