Berita

PM Umum Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat RM250B

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat sebanyak RM250 bilion untuk menangani impak pandemik Covid-19.

Jumlah itu lebih 10 kali ganda daripada RM20 bilion yang diumumkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.

Ini terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk perniagaan dan PKS serta RM2 bilion untuk mengukuhkan ekonomi, selain RM20 bilion yang diumumkan dalam pakej terdahulu.

“Seperti yang saya katakan, tiada orang akan tercicir,” katanya dalam siaran langsung di televisyen.

Katanya, RM50 juta akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan dan bantuan akan diperolehi daripada hospital swasta.

Beliau berkata, elaun khas untuk petugas kesihatan dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 Apr ini sehingga pandemik itu berakhir.

Muhyiddin berkata, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan bayaran premium selama 3 bulan bagi pencarum terjejas.

Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020.

Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

Majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.

Muhyiddin berkata, bayaran tunai “one-off” sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM4,000 dan ke bawah, manakala RM1,000 bagi keluarga berpendapatan di bawah RM4,000 hingga RM8,000.

Katanya, kerajaan akan menyediakan upah RM600 sebulan bagi setiap pekerja selama 3 bulan yang dikhususkan kepada pekerja berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Jan 2020.

“Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan.

“Majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.”

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 5 = 14

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close