Pelik

Peserta Masterchef Selamba Hidang Bangkai Burung Siul Kepada Juri

Dalam rancangan memasak kita telah melihat banyak peserta melakukan kesilapan yang memalukan, tetapi seorang peserta dalam rancangan Masterchef edisi Sepanyol ini dengan sengaja telah melakukan kesilapan yang paling teruk dalam sejarah rancangan masakan itu.

Diminta untuk memasak hidangan burung siul, peserta Saray Carrillo dengan penuh sindiran menghidangkan bangkai burung itu di atas pinggan dihiasi dengan beberapa biji tomato dan daun bawang untuk para juri yang terpaku melihat persembahan kulinarinya itu.

168721251

Sebagai chef, memasak burung adalah satu kemahiran asas yang mudah dan perlu diketahui, namun Saray langsung tidak menunjukkan usaha untuk membuang bulu dan sayap burung siul tersebut sebelum menghidangkannya.

Mengaku bahawa dia takut untuk memegang burung, peserta wanita itu menganggap hidangan itu sebagai cabaran yang sengaja diberikan oleh juri untuk dia menangani ketakutannya.

Namun Saray membuktikan bahawa dia tiada niat untuk mengurangkan ketakutannya terhadap haiwan itu.

Dengan senyuman sinis, dia berjalan menghampiri para juri dan meletakkan bangkai burung itu di hadapan mereka sementara penonton melihat dengan reaksi ngeri.

Peserta-peserta lain berdiri sambil menutup muka ketika juri melihat hidangan tersebut dan berkata perkara seperti itu tidak pernah dilihat dalam MasterChef.

Berikutan daripada kejadian itu Saray terus dibuang dari pertandingan tersebut dan dia sendiri kelihatan tidak begitu kecewa dengan keputusan berkenaan, manakala juri pula berkata penyertaan wanita itu dalam rancangan Masterchef adalah satu kesilapan.

Sumber: Metro UK

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − 8 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close