Berita

Perintah Kawalan Pergerakan Di Sambung Hingga 14 April

Kuala Lumpur, Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. “Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yang baharu masih berlaku.

“Trend ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan perintah kawalan pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April,” katanya.

Dalam pengumuman langsung di kaca TV hari ini, Muhyiddin berkata beliau memaklumkan pelanjutan tempoh itu lebih awal supaya orang ramai dapat bersedia. “Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. “Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi,” kata dalam pengumuman khas yang diseling-seli dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu. Muhyiddin juga berkata, tempoh kuat kuasa PKP akan dikaji dari semasa ke semasa. “Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya.

“Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah,” katanya.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 17 = 21

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close