Pelik
Pelayan Bar Hanya Memakai Apron Dan Seluar Dalam Sahaja

Tak senonoh betul ya! Bayangkan pelayan di sebuah bar hanya berpakaian apron dan seluar dalam sahaja!
Kejadian di Bangkok, Thailand itu bagaimanapun terdedah selepas pihak berkuasa menangkap 4 pelayan di situ yang didapati tidak berpakaian senonoh.
Difahamkan mereka hanya memakai apron dan seluar dalam sahaja ketika bekerja.
Dailystar melaporkan, pelayan berusia antara 24 hingga 34 tahun itu diupah bagi menarik perhatian pelanggan pada waktu malam.
Terdapat satu rakaman video yang dipercayai dirakam oleh pelanggan di situ menunjukkan gadis-gadis ini hanya memakai apron sambil melayan pelanggan.
Video tular itu menaikkan kemarahan penduduk tempatan sebelum membuat laporan polis.
Mereka dikenakan denda sebanyak 2,000 Baht (RM276) kerana berkelakuan tidak senonoh.