Cerita Artis
PELAKON Ainul Aishah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini

PELAKON Ainul Aishah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Khalid Rezuan.
Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 35, berkata, dia tidak mahu menunggu lebih lama memandangkan umurnya kini yang semakin meningkat.
“Kalau bercakap soal jodoh sudah tentu saya nak secepat yang mungkin sebab saya bukan semakin muda… kami pun sudah tiga tahun bersama.
Ainul menyatakan kesediaan untuk bergelar isteri kepada Khalid Redzuan.
“Umur saya pun dah 35 tahun ni kalau boleh taknaklah berkahwin pada umur 36.
“Insyallah kalau ada jodoh dalam tahun ini ke… itupun kalau diizinkan,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, pelakon filem Suraya ini ada menyatakan kesediaan untuk mendirikan rumah tangga.
Namun katanya, dia terpaksa menunggu jawapan daripada pihak lelaki.