Cerita Artis

Neelofa kena ugut

Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd Nor atau Neelofa, 22, trauma selepas diugut lelaki misteri yang meminta wang menyebabkan dia kini terpaksa ditemani dua pengawal peribadi. Dua, bukannya satu.
Menurut Neelofa, dia menerima ugutan menerusi telefon dan si pemanggil mengancam mencederakannya jika dia tidak dapat menyediakan wang seperti diminta. Ia berlaku pada awal September.
“Saya tidak kenal individu yang melakukan ugutan itu tetapi saya percaya dia lelaki. Laporan polis mengenainya sudah dibuat. Maklum balas yang saya terima setakat ini ialah polis sudah mengesan di mana individu yang mengugut saya itu tinggal dan dia sedang diawasi,” katanya.
“Walaupun tidak lagi menerima ugutan, apa yang berlaku tetap membuatkan saya dalam ketakutan. Apatah lagi sekarang ini saya tinggal sendirian kerana keluarga menetap di Pasir Mas, Kelantan dan hanya sesekali datang ke Kuala Lumpur”
“Ibu bapa saya juga risau dengan apa yang berlaku menyebabkan mereka mengupah dua pengawal peribadi menemani ke mana saja saya pergi,” katanya.
Pelakon yang membintangi filem Azura 2011 dan drama Lara & Jiwa itu menafikan pengawal peribadi diupahnya menimbulkan kesukaran untuk berurusan dengannya.

“Setakat ini perkara seperti itu tidak pernah berlaku. Pengawal terbabit tidak duduk sebelah jika saya lakukan urusan di tempat awam, sebaliknya mereka berada di kawasan sama tanpa disedari orang ramai. Saya juga bebas ke mana saja tanpa rasa terganggu,” katanya.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − = 10

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close