Cerita Artis

Neelofa Jadi Pereka Kasut?

 

Mengulas tentang perkembangan itu, Neelofa yang turut hadir dalam sidang media yang diadakan kelmarin memberitahu dia berasa terkejut ketika Bill Bora (Perunding Perkahwinan), menghubunginya untuk berbincang tentang perkara itu. Namun, dalam masa yang sama dia berasa gembira dan teruja kerana ada pihak yang percaya dengan bakatnya itu.

“Apabila mendapat peluang ini Lofa rasa teruja dan gembira kerana inilah peluang yang sesuai untuk Lofa tunjukkan kebolehan dalam mereka kasut. Bagaimanapun, Lofa berasa agak gementar kerana ini kali pertama kena buat kasut pengantin. Sebelum ini Lofa hanya reka kasut yang boleh digayakan pada hari-hari biasa sahaja. Bukan itu sahaja, untuk kasut pengantin ini Lofa tidak boleh rujuk mana-mana koleksi lain kerana ia perlu dipadankan dengan Gaun Pengantin Rafflesia. Ia mesti thought original Lofa,” ujar Lofa.

Ditanya sama ada dia sudah mempunyai thought atau gambaran tentang rekaan kasut itu, Neelofa menjelaskan buat masa ini dia terfikir untuk menggunakan mutiara, kristal Swarovski dan kain renda untuk rekaannya itu.

“Lofa akan gabungan mutiara, kristal Swarovski dan kain renda untuk rekaan kasut itu nanti. Lofa akan buat tiga rekaan untuk ditunjukkan kepada Kak Ezlynn dan minta dia pilih rekaan mana yang disukai. Setakat hari ini, Lofa belum pun buat sebarang lakaran sebab perlu berbincang dahulu dengan pereka-pereka gaun itu. Lofa perlu pastikan apa yang ada di gaun itu, juga ada di kasut. Kalau tidak nanti, tidak padan pula. Rafflesia telah tetapkan 19 Disember ini sebagai tarikh untuk tunjukkan rekaan kami.  Lofa harap boleh tampil dengan rekaan kasut yang bagus,” ujar Lofa mengakui ada bertanya pada Ezlynn tentang saiz tumit kasut yang selesa dipakainya.

Sementara itu, Neelofa juga memberitahu yang dia kini dalam perancangan untuk melancarkan koleksi kasut kasutnya pada awal tahun depan. Jelas heroin filem Azura 2012 ini, buat masa ini jualan kasut secara online yang dibuatnya dihentikan seketika kerana mahu membuat penjenamaan semula.

“Ini juga salah satu sebab mengapa Lofa ambil tugas buat kasut pengantin ini. Lofa rasa ia boleh membantu untuk bisnes kasut Lofa. Jika semuanya o.k, Lofa akan lancarkan koleksi terbaru Neelofa Heels pada awal tahun depan. Tapi jualannya masih secara online. Tentang butik itu, memang Lofa ada terfikir, tetapi Lofa perlukan lebih masa untuk punya butik sendiri. Bimbang tidak boleh uruskan dengan baik jika terlalu sibuk dengan lakonan,” ujar Lofa yang kini merancang untuk mengikuti kursus rekaan fesyen, khususnya rekaan kasut di mana-mana institusi pengajian yang menawarkannya.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − = 5

Close
Close