Cerita Artis

Nadia Mustafa Akan Buat Rayuan

nadia kena saman

“Saya terima keputusan mahkamah itu dengan hati yang terbuka. Saya tidak akan mempertikaikannya. Bagaimanapun, saya masih punya hak untuk menfailkan rayuan. Ini adalah keputusan saya sendiri dan atas nasihat peguam. Lagipun, sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah saya telah pun bersedia dengan segala kemungkinan,” ujar Nadia mengulas kekalahannya dalam kes saman fitnah yang difailkan Lisdawati terhadapnya.

Semalam, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintakan pelakon Nadia Mustafa nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa membayar ganti rugi RM50,000 kepada Lisdawati berhubung saman fitnah terhadap penyiaran artikel di Majalah Media Hiburan enam tahun lalu. Keputusan yang itu dibuat oleh Hakim Yong Zarida Sazali itu turut memerintahkan Nadia membayar kadar faedah empat peratus bermula dari tarikh penghakiman iaitu semalam hingga tarikh penyelesaian kes serta membayar kos mengikut skala.

“Walaupun keputusan mahkamah tidak berpihak kepada saya, saya tidak perlu rasa takut atau pun malu kerana percaya saya tidak melakukan kesalahan. Hanya saya dan dia (Lisdawati) yang tahu kedudukan sebenar. Saya tetap akan buat rayuan dalam waktu terdekat ini kerana itu adalah hak saya. Kalau dia (Lisdawati) berada di tempat saya, dia juga akan lakukan perkara yang sama,” tambah Nadia yang mengakui dia berasa bersyukur kerana mahkamah hanya berikan RM50,000 bukan RM250,000 seperti yang dituntut Lisdawati.

Keputusan membawa kes itu ke mahkamah dilakukan oleh Lisdawati kerana mendakwa dirinya tidak pernah meminjam wang daripada Nadia sebaliknya berbuat demikian dengan teman lelaki Nadia semasa itu, Mohd Roslan Omar.

Nadia pada pembelaan yang difailkan pada 18 Mei lalu mendakwa, artikel tersebut tidak mempunyai unsur fitnah, sebaliknya hanya bertujuan untuk meminta  orang yang berhutang membayar hutang kepadanya. Nadia juga  memaklumkan dia telah meminta Mohd Roslan mewakili dirinya untuk menyerahkan wang RM10,000 kepada Lisdawati kerana ketika itu dia sedang bekerja di luar daerah

Dalam perkembangan lain, ketika ini Nadia sedang sibuk dengan penggambaran filem ‘Lemak Kampung Santan’ di bawah arahan Hans Isaac dan ‘Aji Noh Motor’ yang diterbitkan oleh MIG Production.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

70 + = 74

Close
Close