Cerita ArtisGosip

Miera Liyana Nafi Cemburukan Neelofa

Kehadiran Miera menjadi perhatian kerana sebelum ini ramai mengetahui Shahz pernah digosipkan bercinta dengan Neelofa. Malah, pengacara Nona 2012 ini dikatakan punca perpisahannya dengan Maria Farida. Namun, dalam kerancakan orang bercakap mengenai hubungan cinta mereka, Shahz tiba –tiba muncul berpasangan dengan Miera. Terbaru, Shahz memberitahu yang dia merancang untuk bertunang dengan kekasihnya itu. Kenyataan itu dikeluarkan ketika dia menghadiri majlis pra-tonton rancangan terbaru Media Prima 2012 pada 28 Oktober lalu.

“Saya ikut Shahz ke majlis ini bukan kerana cemburukan Neelofa. Sebaliknya saya datang kerana Shahz yang beria-ia suruh temankan.Kalau ikutkan saya tadi, saya hanya mahu berehat di rumah. Lagipun apa salahnya, ini tanda sokongan saya terhadap Shahz. Inikan filem pertama dia. Jadi, jangan salah faham, saya tidak cemburukan Lofa (panggilan mesra Neelofa) pun. Kami bertiga berkawan,”ujar Miera Liyana mengulas tentang kehadirannya di majlis pelancaran filem Azura yang dibintangi oleh Shahz Jazle.

Mengenai hubungan mereka berdua pula ”

“Miera rasa soalan ini harus ditujukan kepada pihak lelaki. Dia yang patut buat keputusan bila waktu yang sesuai untuk kami bertunang. Tapi, macam yang Shahz pernah katakan sebelum ini, kami hanya merancang untuk bertunang, tarikh dan waktu kami tidak tetapkan lagi.

Baik saya mahupun Shahz, kami tidak mahu terburu-buru dalam perkara ini. Biarlah kami benar-benar mengenali antara satu sama lain dahulu. Memang kami telah kenal lebih lapan tahun kerana kami berjiran, tetapi dahulu hubungan kami tidaklah serapat ini. Jika saya dan Shahz sudah bersedia, kami akan beritahu tarikh pertunangan itu” ujar Miera lagi.

Memandangkan Miera dan Shahz sangat muda kerana masing-masing baru berumur 18 tahun dan 23 tahun, timbul pula persoalan sama ada mereka sudah bersedia melangkah ke alam perkahwinan. Secara logiknya, kalau sudah terfikir tentang pertunangan, pasti mereka juga terfikir tentang perkahwinan.

Menjawab persoalan itu, Miera tanpa berselindung memberitahu dia tidak punya masalah untuk berkahwin dalam usia yang muda. Namun, buat masa terdekat ini dia dan Shahz tidak bercadang untuk berkahwin. Jelas Miera, masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dahulu.

“Saya tidak punya masalah untuk berkahwin dalam usia muda. Parents saya juga tidak menghalang seandainya saya dan Shahz mahu berkahwin dalam waktu terdekat ini. Mereka juga berkahwin dalam usia yang muda. Bagaimanapun, masih banyak perkara yang perlu saya lakukan dahulu sebelum menjadi seorang isteri. Shahz juga sibuk dengan lakonan. Biarlah masing-masing buat apa yang patut dahulu. Kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana,” ulas Miera sambil melirik ke arah Shahz Jazle.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 3

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close