Cerita ArtisGosip

Marsha bukan bunuh diri

Rasanya ramai yang sudah tahu yang Marsha digosipkan cuba membunuh diri dengan menelan 30 biji pil setelah ditinggalkan kekasihnya sehingga menyebabkan Marsha tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 8 September yang lepas.. Bagaimanapun semalam Marsha menafikan segala tomahan dan menerangkan apa yang sebenarnya yang terjadi…

“Saya memang sebenarnya di bawah seliaan perubatan kerana mengidap penyakit sinus sejak 2009 di samping tekanan darah rendah. Itu hanya salah sangka orang kerana pada malam kejadian saya memang sudah berasa pening hingga terlanggar pembahagi jalan ketika memandu kereta selepas ke kedai berdekatan rumah. Pada mulanya saya nak makan burger tetapi gerai burger pula tutup. Jadi saya hanya mendapatkan makanan di 7 Eleven. Saya berjaya memandu kereta pulang ke rumah. Ketika berjalan ke tangga di parkir kereta berdekatan kolam renang, saya terjatuh dan pengsan. Sedar-sedar saya sudah berada di hospital.”

Marsha turut hairan bagaimana gosip dia menelan 30 biji pil boleh tersebar, Apabila dia ditanya adakah benar Marsha menelan 30 biji pil pada malam tersebut..

“Saya hairan bagaimana boleh timbul cerita tersebut. Sedangkan semua itu tidak pernah berlaku. Mengapa 30 pil yang disebut? Ubat yang saya makan hanyalah preskripsi yang dibenarkan oleh doktor bagi merawat tekanan darah rendah saya.”

Marsha juga turut mengakui yang dia baru putus cinta dengan seorang jejaka melayu beberapa minggu yang lalu.. tapi menafikan sekeras-kerasnya yang perpisahan tersebut menjadi punca kepada kejadian malam tu..

“Kalau nak bercerita tentang tekanan saya telah melalui pelbagai masalah, malah ada yang lebih teruk. Ini tiada apa pun. Hubungan cinta ini hanya berlangsung dalam tempoh yang sekejap saja iaitu dua tahun dan saya boleh melupakannya saja. Tidak timbul soal untuk sehingga mahu membunuh diri. Saya kini sudah pun tender on. Tiada apa dah.”

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 1

Close
Close