Berita

Kekejaman Ibu membuang Anak Sendiri Setelah Dilahirkan.

IPOH- C-Cop yang dianjurkan Balai Polis Sungai Senam di sebuah restoran terkenal di Greentown digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang hampir reput dan sudah berulat di dalam beg plastik di tepi Jalan Dato Ahmad Said,Pusat Perniagaan Greentown di sini semalam.

Mayat bayi tersebut dijumpai pada pukul 9.40 pagi oleh seorang pekerja kontrak Jamil Mohd Bikin,49,ketika membersihkan pencawang elektrik berdekatan.Lebih menyedihkan lagi,bayi itu dijumpai dengan kesan kecederaan serius di kepala dan dibungkus dengan seluar lalu dibiarkan di pangkal pokok sehingga membusuk.

Menurut Jamil,beliau terkejut melihat sekujur tubuh di dalam bungkusan berkenaan.”saya ingatkan kain biasa,tetapi dalam hati kuat mengatakan ia adalah mayat kerana bau busuk sangat kuat dalam plastik itu”.

“Setelah nampak badan mayat itu saya terus melaporkan kepada polis berhampiran yang kebetulan berada di restoran berhampiran”.

Ketua Polis Daerah Asisten Komissioner Azisman Alias berkata mayat bayi itu dipercayai dibuang beberapa hari yang lalu.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − = 12

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close