Cerita Artis

Jangan Kutuk Sebelum Tengok

adibah nur

Biarpun dilanda dengan pelbagai kontroversi, namun filem sulung arahan pengarah baru, Namewee iaitu “Nasi Lemak 2.0” mengejutkan industri perfileman negara apabila berjaya meraih kutipan lebih RM7 juta sejak ditayangkan pada 8 September lalu. Baru-baru ini UB Prodigee Entertainment dan Prodigee Media mengadakan satu majlis istimewa di Geographer, IOI Boulevard, Puchong Jaya bagi meraikan kejayaan filem terbitan mereka itu.

Selain Namewee dan penerbit, Fred Chong, turut diraikan ialah para pelakon serta kru produksi filem berkenaan. Pihak wartawan sempat menemubual pelakon, Adibah Noor bagi mendapatkan reaksi beliau mengenai kejayaan filem lakonannya itu.

“Satu kejayaan yang mengejutkan. Atas segala kesempitan yang berlaku, saya memang tak sangka filem ini mampu meraih kutipan yang tinggi. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Sebelum ini, Nasi Lemak 2.0 banyak dihentam oleh segelintir pihak sehingga ada yang tidak mahu menonton filem ini.

“Saya cabar mereka menonton filem ini dulu dan kemudian baru beri komen. Jika betul tak elok, cakap saja lepas itu. Jangan kutuk sebelum anda tonton filem ini. Saya rasa tidak adil untuk mereka berbuat demikian. Namun, lepas tengok kalau nak terus benci, tak apa. Janji mereka dah tengok. Lagipun, jika filem ini tak bagus, saya tak akan ambil,” ujar Adibah mengakui sebab utama orang memboikot filem ini kerana tidak suka kepada pengarahnya.

“Sebenarnya tak ada orang nak kondem filem ini, mereka cuma mahu membangkitkan kesalahan yang dibuat oleh Namewee sebelum ini. Jika kata nak boikot, mereka belum lagi tengok filem ini. Kandungan filem  ini bukan untuk menyakitkan mana-mana pihak. Ia cuma sebuah filem komedi ringan yang cuba mengubah persepsi kita terhadap bangsa lain.

“Bagi saya, filem ini tak ada apa-apa yang salah. Orang cuma nak hukum kesalahan Namewee yang lalu. Apa yang berlaku pada sekeliling kita mungkin buat dia memberontak, sebab itu dia melontarkan suaranya. Namun, setahu saya, dia sudah menyesal dengan perbuatannya itu.”

Apabila ditanya tentang sikap Namewee yang beliau kenali, Adibah memberitahu, “Dia anak muda yang panas baran dan perlukan bimbingan. Walau bagaimanapun, dia seorang yang sangat menghormati orang lain. Dia juga individu yang sangat lucu dan baik.”

Dalam perkembangan lain, Adibah kini baru saja menyiapkan single terbarunya, “Ke Sana Denganmu”. Lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Adibah sendiri ini merupakan nyanyian duetnya bersama dengan Sam Innuendo.

“Lagu ini pasal perkahwinan, di mana ia mengenai perasaan pengantin yang berjalan di khalayak ramai sebagai pasangan baru. Ia menggambarkan bagaimana debaran dan sangsi mereka sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.”

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 2 = 3

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close