Seram

JAKIM Sahkan Ucapan Anwar Di LSE Berunsur Pluralisme Agama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics (LSE) mempunyai unsur-unsur pluralisme agama.

Pengesahan rasmi JAKIM itu dibacakan oleh wakil jabatan itu dalam Parlimen sebagai menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin dalam sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Zulkifli sebagai respon kepada jawapan JAKIM itu, menggesa jabatan itu mengambil tindakan segera ke atas Anwar supaya aliran agama yang menyimpang itu tidak terus menular di negara ini.

Katanya, gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman pluralisme itu sebagaimana yang dirujuk dalam ucapan Anwar pada LSE itu adalah jelas sekali menyeleweng dari sudut akidah Islam dan dikategorikan sesat.

Justeru, katanya, JAKIM perlu mengambil tindakan serupa sebagaimana yang telah dikenakan terhadap ajaran-ajaran sesat sebelum ini seperti gerakan al-Arqam dan Ayah Pin.

“Saya mendesak JAKIM mengambil tindakan kerana soal akidah tidak boleh dipermainkan.

“Saya juga menyeru rakan-rakan ulama dalam Pas supaya memperbetulkan fahaman Anwar sebelum mereka bercakap mengenai hudud. Jika dalam kumpulan mereka sendiri mempunyai asas fahaman tidak betul seperti ini, bagaimana mereka mahu laksanakan kepada orang lain?” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen semalam.

Menurutnya, fahaman pluralisme adalah berbeza dengan konsep pluraliti yang mana Islam menghormati dan menerima kepelbagaian agama sebaliknya menentang fahaman pluralisme yang menyamakan Islam dengan agama lain.

“Saya sendiri akan menulis kepada Anwar berhubung isu ini dan meminta beliau segera pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Turut hadir bersama Zulkifli dalam sidang media di lobi Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Zahrain turut menyokong pandangan Zulkifli dengan berkata, Anwar telah bertindak melampaui batas apabila sanggup menggadaikan maruah Islam melalui fahaman pluralisme tersebut.

“Saya secara peribadi meminta beliau bertaubat dan insaf.

“Impian untuk menjadi Perdana Menteri bukan segala-galanya dalam kehidupan. Janganlah sampai menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri,” katanya.

Sebelum ini, ucapan Ketua Umum PKR di LSE bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” Pada 18 Mac tahun lalu telah menimbulkan kritikan ramai pihak.

Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, Global Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) menulis satu kertas kerja khusus bertajuk ““Pluralisme Agama dan Anwar : Beberapa persoalan dilihat dari pandangan arus perdana Islam” untuk menjawab ucapan Anwar itu.

Menurut Felo Amat Utama ISTAC itu, sekurang-kurang 12 elemen dalam ucapan Anwar di LSE itu yang bercanggah dengan akidah.

Salah seorang sahabat Anwar sejak dari tahun 1970, Ustaz Ismail Mina mengambil inisiatif menganjurkan seminar sehari melalui NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) untuk membahas dan menilai ucapan Anwar di LSE itu.

Revolusi seminar sehari itu menyarankan agar pihak berkuasa agama di semua peringkat di Malaysia, wajar memantau Gerakan Pluralisme Agama dan mengambil langkah mencegah dengan apa cara sekali pun; individu atau Jawatankuasa Organisasi yang menganut fahaman Pluralisme Agama perlu diberi kaunseling, nasihat dan ajaran mengenai akidah Islam yang sebenar dan majlis fatwa perlu segera memberi fatwa yang lebih jelas berkenaan dengan aliran baru yang merosakkan agama itu.

Ustaz Ismail Mina turut mengupas secara lanjut berkenaan Anwar dan Pluralisme Agama dalam satu pertemuan eksklusif dengan AIDC.

Untuk membacanya, sila klik di sini dan sini

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

57 − 54 =

Check Also

Close
Close
Close