BeritaNgeri

Ibu Tekanan Perasaan Cuba Bunuh Diri, Kelar 4 Anak

Kota Kinabalu : Seorang ibu yang mengalami tekanan perasaan cuba membunuh diri serta empat anaknya di Pulau Mantanani, Kota Belud pada Khamis.

Perbuatan itu menyebabkan anak bongsunya yang berusia lapan bulan meninggal dunia.

Wanita berusia 30-an itu kemudiannya turut mengelar leher sendiri.

Suami wanita itu menemuinya sedang terbaring dengan keadaan berlumuran darah di kuaters mereka selepas dia pulang bekerja.

Menurut sumber, suaminya yang berusia dalam lingkungan 50 tahun terus menghubungi polis sejurus menyedari kejadian itu.

Tiga anak mereka yang berusia 8, 7 dan 5 tahun masih lagi bertarung nyawa di Hospital Kota Belud.

Mayat adik mereka turut dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah mengesahkan kejadian tersebut.

Mereka yang mengalami tekanan atau memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan boleh menghubungi pasukan Befrienders Kota Kinabalu di talian 08-825 5788, 016-803 6945; 03-7956 8145 (Kuala Lumpur); 04-281 5161/1108 (Penang); 05-547 7933/7955 (Ipoh).

Sekiranya enggan menelefon anda bolehlah menghantar e-mail kepada sam@befrienders.org.my.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 1 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close