Cerita Artis

Fazura Terkilan Dengan TV3

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem , Anugerah Skrin 2010 (ASK 2010), Fazura, meluahkan rasa terkilan apabila dia tidak diundang untuk mengikuti  lawatan sambil belajar ke Los Angeles, Amerika Syarikat pada 26 September lalu.

“Saya terkilan kerana mereka langsung tidak mengundang saya untuk mengikuti lawatan itu, sedangkan trip ke Los Angeles itu sudah dijanjikan kepada semua pemenang. Saya dapat tahu tentang trip itu apabila Bront (Bront Palare) bertanya sama ada saya pergi atau tidak.

Bagaimanapun, saya dapat tahu mereka tidak jemput kerana saya tidak mengambil trofi kemenangan tahun lepas. Kononnya, saya tidak menghargai anugerah yang diberikan.

Ingin saya jelaskan bahawa perkara itu tidak benar. Pembantu peribadi saya ada beberapa kali menghubungi  pihak di sana  untuk mengambil trofi, tetapi tidak dapat bercakap dengan mereka yang uruskan. Jadi, saya kesal apabila mereka buat keputusan berdasarkan gosip semata-mata.

Saya tidak pernah keluarkan sebarang kenyataan mengatakan saya tidak hargai anugerah itu,” ulas Fazura berterus-terang.

Ditanya sama ada dia akan menarik diri daripada menyertai ASK pada masa hadapan, Fazura memberitahu dia tidak akan berbuat demikian. Jelas pelakon jelita ini, dia hanya terkilan bukan kecewa .

“Tidak perlu sehingga menarik diri daripada menyertai ASK. Macam yang saya katakan tadi. Saya cuma terkilan kerana mereka membuat keputusan berdasarkan gosip. Selain daripada itu, saya tidak ada masalah,” tambah Fazura lagi.

Dalam perkembangan lain, Fazura turut mengumumkan yang dia kini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menceburi bidang perniagaan dalam sedikit masa lagi.

“Lagi dua tahun, usia saya akan menginjak ke 30 tahun, jadi saya perlu ada perancangan lain untuk jaminan masa depan. Saya tidak boleh bergantung kepada lakonan semata-mata. Buat masa ini, saya mahu rahsiakan dahulu bisnes yang saya pilih. Apabila sudah sampai masanya, saya akan umumkan. Insyaallah, bisnes ini akan bermula pada awal Februari tahun depan,” ujar Fazura.

Dalam masa yang sama, pelakon ini juga mengingatkan perniagaan itu dimulakan atas usahanya sendiri, bukan atas tajaan sesiapa.

“Saya buat bisnes ini menggunakan modal sendiri. Tidak ada rakan perniagaan mahupun tajaan daripada sesiapa,” ujarnya ringkas.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 + = 14

Check Also

Close

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close