Berita

Dr Amalina Di Serang Lepas Tegur “Petua Air Suam”

Kuala Lumpur, Selepas memberikan reaksi kepada pandangan diberikan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Bakri, menjadi sasaran serangan laskar siber.

Dipercayai bermotifkan kencederungan politik, serangan itu berpunca daripada tindakan doktor itu memberikan penjelasan berhubung ‘petua’ diberikan Adham mengenai cara membuang kuman Covid-19 dari dalam badan.

“Laskar siberi politik menyerang saya kerana memberikan maklumat perubatan berasaskan bukti sama macam pakar lain […] serta virologi dari negara lain serta WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) yang bercakap mengenai hal yang sama.

“Mengapa kamu tak menyerang mereka? Sebab saya seorang sasaran yang mudah?” ciapnya di Twitter petang ini.

Ahli parlimen Tenggara di Johor itu berkata demikian dalam rancangan yang membicarakan isu Covid-19.

Kenyataan tersebut mengundang kecaman pelbagai pihak Amalina serta bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Ada Benda Lebih Berfaedah

Kata Lee, virus memang boleh mati tetapi bukan dengan air suam sebaliknya air yang panas. Justeru, kata pakar jantung itu, dengan kaedah menggunakan air panas, pesakit adalah mangsa yang akan terkorban terlebih dulu berbanding virus yang menyerang.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, pula menganggap Adham sebagai seorang “pelawak” kerana memberikan pandangan yang sebelum ini dianggap WHO sebagai suatu mitos.

Adham ialah ialah ahli parlimen Umno yang dilantik Muhyiddin Yassin menggantikan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Dr Dzulkefly Ahmad.

Bagaimanapun di sebalik serangan yang disasarkan kepadanya, Amalina turut mendapat sokongan daripada pengguna Twitter lain.

“Anda melakukan tugas dengan baik, doktor. Abaikan para pembenci itu… mereka lebih berbahaya daripada segala virus yang ada di planet ini,” ciap pengguna bernama Sjagi 1711.

“Sebab mereka adalah Covidiot!” ciap KroniRakyat pula.

“Itulah saja standard cybertroopers Malaya ni doc, abaikan saja mereka dan nyatakan fakta. Yang menjadi laskar politik ni kerjanya menjilat tuan politiknya saja, tak kira fakta apa, spin kerjanya. Hanya berikan fakta saintifik macam biasa,” kata @gibaok25.

Seorang doktor pakar, Dr Rafidah Abdullah, turut memberikan kata perangsang kepada Amalina.

“Penjaga kesihatan profesional akan sentiasa kekal tak berpolitik. Jaga diri wahai kawan,” ciapnya.

Sementara itu Amalina berkata dia akan melayan permainan politik dan berharap semua orang akan selamat menghadapi wabak Covid-19.

“Maaf, saya tidak ada masa untuk permainan politik kamu. Tetap fokus untuk melawan wabak ini.

“Saya ada benda lain yang lebih berfaedah untuk dibuat. Terus maju dan semua jaga keselamatan,” ciapnya.

Sumber – MalaysiaKini

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

25 − 22 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close