Politik

DAP terima pelantikan Muhyiddin

PUTRAJAYA: DAP menerima pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan atas dasar menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, berkata DAP berpegang kepada prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang bagi menyelesaikan sebarang kemelut politik.

“Seseorang yang dipilih sebagai Perdana Menteri harus mengikut undang-undang dan disokong oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Jika sidang Parlimen dilewatkan, bagaimana kita boleh menunjukkan sama ada menyokong atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Khas bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Majlis Penghargaan Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid,

Loke yang juga bekas Menteri Pengangkutan, turut merakamkan penghargaan atas kerjasama baik warga MOT sepanjang 21 bulan bertugas.

“Pada 26 Februari lalu, saya sepatutnya membentangkan kertas kerja Kabinet berhubung insiden MH370 namun tidak sempat kerana Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Kabinet dibubarkan.”

“Saya harap pengganti selepas ini dapat meneruskan agenda dan usaha MOT menamatkan perjanjian pelaksanaan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dengan Singapura sebelum hujung April, selain pindaan undang-undang ke atas pemandu mabuk yang menyebabkan kematian,” katanya.

Sumber : BH

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54 − = 48

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close