Cerita Artis

COVID-19 : SEPAHTU REUNION LIVE DITUNDA

Berikutan langkah keselamatan serta pencegahan bagi mengekang penularan Coronavirus 2019 (COVID-19) yang kini melanda seluruh dunia, termasuk di negara ini, program komedi, Sepahtu Reunion Live telah ditundakan. Perkara itu dikongsikan anggota kumpulan berkenaan menerusi laman Instagram masing-masing.

“Kami ingin beritahu berita yang mendukacitakan apabila kami diberitahu pihak Astro telah memutuskan untuk menunda siaran langsung program Sepahtu Reunion Live pada hari Jumaat ini dan Sepahtu Reunion Al-Puasa pada hari Ahad ini. Perkara ini berikutan langkah berjaga-jaga pihak Astro untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak,” kata Jep.

Sementara itu, Shuib turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa mengemaskini akaun Instagram rasmi, @Sepahtu Reunion Live Official: “Jangan risau, kami akan sentiasa ‘update’ dari masa ke masa mengenai program Sepahtu Reunion Live. Sama-sama kita berdoa agar sentiasa dilindungi daripada virus COVID-19 dan keadaaan kembali pulih seperti biasa,” jelas Shuib.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 1 =

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close