Berita

“Baliklah, Biar Kena Kompaun Dari Hilang Kerja..” – Ismail Sabri

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi memberi am4ran bahawa individu yang lolos merentas negeri untuk pulang beraya di kampung semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tetap akan dikenakan tindakan.

Beliau berkata, mereka yang didapati merentas negeri tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan kompaun sebaik pulang ke bandar selepas bercuti.

“Mereka yang terlepas pulang ke kampung bukan ada jaminan tidak terlepas daripada tindakan polis apabila balik ke tempat kerja.

Baliklah, jangan tak balik

“Baliklah, jangan tak balik. Mereka berani buat, mereka kena ber4ni tanggunglah. Kalau mereka lolos dulu, mereka cekaplah.

“Tapi kalau mereka balik dan tak boleh lolos akan diambil tindakan oleh polis, bayar jelah kompaun,” katanya pada sidang media.

Tindakan tatatertib untuk penjawat awam

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mereka termasuk penjawat awam yang ‘berjaya’ merentas negeri dan tindakan terhadap mereka apabila pulang ke bandar selepas cuti Aidilfitri.

Ismail Sabri berkata, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam yang gagal bertugas selepas cuti Aidilfitri akan dikenakan tindakan tatatertib.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak digalakkan pulang ke bandar bagi meneruskan tugas masing-masing.

Jangan sampai tak pulang. Kita tak menahan mereka, tapi kita galakkan mereka pulang kerana nak bekerja.

“Jangan sebab takut dikompaun, tak balik (bertugas)… akhirnya hilang pekerjaan. Lebih baik kena kompaun dan terus bekerja,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, sebarang tindakan terhadap mereka yang ingk4r terserah kepada pihak polis.

“Sekatan jalan raya akan terus dikekalkan di setiap plaza tol untuk menyekat daripada rentas negeri.

“Jadi, kita serahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Tindakan tatatertib menanti penjawat awam terkandas di kampung

TERDAHULU, Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak kembali bekerja selepas Aidilfitri kerana terperangkap di kampung, akibat meIanggar Iarangan rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, menjelaskan jabatan masing-masing boleh mengenakan tindakan tatatertib pada penjawat awam yang tidak hadir ke pejabat tanpa mengemukakan surat cuti.

“Sekiranya pegawai tidak boleh hadir bertugas, sama ada di pejabat atau bekerja di rumah (BDR), dia dianggap tidak hadir bertugas dan ada diperuntukkan hukuman tertentu dalam Perintah Am Bab D (Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993).

“Dalam Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertarikh 17 Mac, pegawai mesti bekerja di pejabat atau dibenarkan BDR mengikut arahan Ketua Jabatan.

“Pegawai BDR boleh diarahkan untuk hadir di pejabat pada bila-bila masa namun jika tidak hadir tanpa mengemukakan surat cuti, boleh dikenakan tindakan tatatertib oleh jabatan masing-masing,” katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang tidak dapat kembali bekerja kerana meIanggar PKPB untuk pulang berhari raya di kampung.

Mohd Khairul Adib menegaskan, tindakan penjawat awam meIanggar PKPB itu sendiri adalah menjadi kesaIahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berj4angkit 1988 (Akta 342 ) dan mereka juga boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesaIahan oleh mahkamah.

“KesaIahan di bawah Akta 342 adalah kesaIahan jenayah. Ada peruntukan di bawah Perintah Am yang memperuntukkan hukoman tertentu berg4ntung kepada dapatan dan hukuman mahkamah,” katanya.

Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam yang melakukan kesaIahan boleh dikenakan hukoman tatatertib seperti amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukoman, seperti am4ran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan).

Sumber: mStar, Berita Harian

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 57 = 63

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close