Pelik

Alat sulit tersangkut pada paip PVC

LELAKI warga emas berusia 60 tahun menanggung kesakitan selama dua hari selepas batang paip Polyvinyl Chloride (PVC) sepanjang kira-kira lima sentimeter tersangkut pada kemaluannya dan gagal ditanggalkan.

Mangsa yang berasal dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai), Kuala Selangor kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum pihak HSB meminta bantuan pasukan bomba memotong paip PVC berkenaan, malam tadi.

Susulan itu, lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Rosdi Hainan ke Zon Kuning HSB di mana mangsa dirawat sebaik menerima laporan pada 8.05 malam.

Menurut Rosdi, mangsa dikatakan terpaksa ke hospital selepas gagal mengeluarkan sendiri paip PVC yang tersangkut pada kemaluannya itu.

“Tidak dapat pastikan bagaimana paip PVC berkenaan boleh tersangkut pada kemaluan mangsa, namun kita dimaklumkan keadaan itu sudah berlarutan selama dua hari sehingga menyukarkannya membuang air kecil kerana alat sulitnya sudah bengkak.

“Kita mengambil masa hanya kira-kira lima minit untuk menanggalkan paip PVC berkenaan dengan memotongnya menggunakan gergaji khas air rescue ring harvester (ARRC)” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Katanya, mangsa kemudian meneruskan rawatan di HSB dan keadaannya dilaporkan stabil.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 2 = 4

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close