Cerita ArtisGosip

AC Mizal Buka Bisnes baru

gambar-terbaru-ac-mizal

Umum mengetahui mengenai kes yang berlaku kepada syarikat milik pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal, AC Mizal sebelum ini, di mana ada khabar angin mengatakan perniagaan gelang magnet yang diusahakannya itu tidak mempunyai lesen, menipu orang dan sebagainya. Berita ini dikuatkan lagi apabila beberapa orang artis nekad meninggalkan perniagaan yang dijalankan oleh AC Konsortium itu.

Selepas isu tersebut, tidak henti-henti kontroversi melanda pengacara program Maharaja Lawak ini. Awal bulan lepas, kecoh kononnya kereta mewah, Bentley milik AC ditarik. Terbaru, timbul pula kisah bekas ahli 4U2C ini akan membuka perniagaan baru. Namun apa yang tidak enaknya, perniagaan baru ini dibuka kerana perniagaannya yang sebelum ini telah lingkup.

“Saya masih lagi dengan bisnes saya. Biasalah dalam perniagaan, mesti ada turun dan naik. Itu antara halangan dan dugaan yang terpaksa saya hadapi. Namun, Alhamdulillah, perniagaan saya masih berjalan dengan lancar. InsyaAllah, jika tiada aral, saya akan umumkan satu lagi bisnes pada bulan Disember ini,” ujar AC enggan mengulas lebih lanjut mengenai perniagaan barunya itu.

Namun, menurut satu sumber, AC dikatakan bakal membuka perniagaan kedai serbaneka bernama M7. Nampaknya rezeki AC semakin murah walaupun banyak kisah-kisah kurang enak melanda dirinya sebelum ini. Terbaru, AC juga telah diumumkan sebagai pengacara majlis Anugerah Industri Muzik ke-18 bergandingan bersama pengacara dan pelawak, Zizan Razak.

“Ini satu penghormatan yang besar kepada saya. Saya kenal sejarah AIM di mana waktu mula-mula anugerah ini diadakan, saya masih bersama kumpulan 4U2C. Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan AIM. Bila sekarang terpilih jadi pengacara AIM pula, sudah tentu saya gembira dan teruja,” jelas AC sambil memberitahu bakal terlibat dengan program Maharaja Lawak Mega.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 + 5 =

Check Also

Close

Register To Receive Sukatilah Newsletter

First name:
Email:


Your information is kept 100% private

Want to put this form on your website?
GrabThatLead Autoresponder
Holler Box
Close
Close