Cerita Artis

Aaron & Ady Putra Rebut Tempat Di Hati Juri ASK

Berbanding senarai pelakon wanita, senarai pelakon lelaki nampaknya lebih menarik untuk diramal. Ini kerana kebanyakkan filem yang layak bertanding untuk Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) dibarisi oleh pelakon utama lelaki yang hebat-hebat belaka seperti Remy Ishak (Cun!, Nur Kasih The Movie), Shaheizy Sam (Kongsi, Sekali Lagi), Syamsul Yusof (Khurafat), Farid Kamil (Cuti-Cuti Cinta), Ady Putra (KL Hoodlum) dan tidak ketinggalan pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem ASK 2010, Aaron Aziz (KL Hoodlum).

Dalam ramai-ramai ini, kami meramalkan Remy Ishak akan dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori ini. Bukan menerusi lakonannya dalam filem Nur Kasih The Movie, tetapi atas penampilannya dalam filem Cun! Alasannya mudah, Remy nampak semulajadi dan cukup selesa ketika bergandingan dengan Maya Karin.

Malah, dia mampu bertutur loghat utara dengan baik. Kami suka dengan sikap lurus bendul yang Remy tampilkan. Ekspresi wajah dan bahasa tubuhnya juga seiringan. Mungkin ada yang kurang setuju dengan pendapat ini dan merasakan Remy lebih bagus ketika beraksi sebagai Adam di dalam Nur Kasih The Movie. Tetapi, Kami rasa lakonan Fizz Fairuz lebih menyerlah.

Bagaimana pula dengan lakonan Aaron Aziz dalam filem yang meraih kutipan lebih RM11 juta, KL Hoodlum? Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang berpuas hati dengan lakonan pelakon berasal dari Singapura ini.

Tetapi, mungkin juga rakan senegaranya, Ady Putra, yang meraih kejayaan. Sebagai Jai, Ady mengundang rasa benci di kalangan penonton penonton. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan lakonan Ady dalam KL Hoodlum lebih diingati berbanding Aaron. Seandainya salah seorang daripada mereka ini menang, diharapkan tidak timbul isu warganegara seperti yang diungkit sebelum ini. Anggap sahaja ini persaingan sihat.

Satu lagi bakat yang tidak boleh diabaikan ialah Shaheizy Sam.  Memanglah Bintang Well loved Anugerah Bintang Well loved Berita Harian 2010 (ABPBH2010) ini menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana, tetapi itu bukan sebabnya kami menyebut nama jejaka ini, tetapi kami berpendapat lakonan Sam sebagai Arman dalam Sekali Lagi cukup mencabar. Bukan mudah menjadi seorang lelaki yang berkelakuan seperti budak berusia tujuh tahun.  Jika tidak melakukan rujukan, mungkin lakonannya tidak konsisten sehingga boleh mencacatkan jalan cerita.

Sam sendiri mengakui watak itu sebagai ujian untuk dia mendalami sifat dan sikap istimewa insan istimewa seperti Amran yang secara tiba-tiba menjadi tidak normal kerana pembedahan di kepala. Bagi memastikan watak itu menjadi, Sam telah menjadikan anak saudaranya yang berusia tujuh tahun sebagai contoh.

Ramalan yang kami buat ini tidak semestinya tepat, mungkin akan tersasar jauh. Bagaimanapun, kami mengharapkan juri profesional akan membuat keputusan tepat berdasarkan persembahan lakonan setiap calon. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi pada 4 November ini.  ASK 2011 akan bersiaran secara langsung di TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), bermula jam 9.00 malam.

Hasil carian Google :

Tags

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

82 + = 88

Close
Close