“Watikah Saya Di Rompak”

 


KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi
Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah
pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap
reda.





Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah
dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan
dengan menggunakan teknik sabotaj.





“Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua
Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi
turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.





Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM),
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi
‘calon boleh menang’ bagi BN.





Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun
Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. ~sinar
harian

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress