Rupanya Najib Berbohong Tentang Dato’ Kamilia Ibrahim

 

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim menangkis kenyataan
pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau telah ditawarkan untuk
bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan, sebelum bertindak keluar parti dan
bertanding sebagai calon Bebas.Kamilia dalam satu kenyataan di laman Facebook juga berkata beliau menerima
keputusan Umno yang menggugurkan beliau daripada parti tersebut kerana
bertanding menentang BN.

“Datuk Kamilia Ibrahim tidak ditawarkan mana-mana kerusi untuk bertanding
dalam PRU13.”Beliau menerima keputusan Umno beliau tidak diperlukan. Beliau mengucapkan
terima kasih kepada Umno kerana memberi peluang untuk berkhidmat kepada
parti selama 30 tahun.

“Beliau membuat keputusan untuk berhenti sebagai ahli Umno dan bertanding
sebagai calon bebas untuk terus mempelopori suara wanita dan rakyat Kuala
Kangsar,” katanya dalam kenyataan itu. ~mkini

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress