Punca Anwar Ancam Humban Pengurusan Tertinggi TV3 Ke Penjara Tersebar

 

Harap bertenang kakitangan TV3, bukan anda yang akan didakwa, tetapi
pengurusan tertinggi anda yang bersekongkol dengan Umno dan Barisan Nasional
(BN).

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menjelaskan mengapa tindakannya mahu
mengheret pengurusan tertinggi stesen televisyen swasta pertama negara itu
ke muka pengadilan dan seterusnya dipenjarakan.

Tegas Anwar dalam ucapannya di hadapan lebih 1,500 orang penduduk dalam satu
ceramah di Kampung Batu 9, Changkat Jering, Taiping, Perak petang semalam,
fitnah dan tuduhan tidak berasas bukan budaya Pakatan Rakyat dan perkara itu
mesti dihentikan.

TV3 merupakan salah satu entiti dalam Kumpulan Media Prima Berhad, yang
pemegang saham utamanya merupakan pemimpin Umno atau proksi parti itu dalam
kerajaan BN.

Selain stesen televisyen itu, Media Prima turut menguasai dua akhbar utama,
New Straits Times dan Berita Harian serta Harian Metro serta beberapa stesen
televisyen lain antaranya 8TV dan NTV7.

Tambah Anwar, apabila Pakatan Rakyat berkuasa awal pagi 6 Mei nanti, beliau
akan memastikan kesemua pengurusan tertinggi stesen televisyen tersebut
bebas dari sebarang pengaruh Umno dan hanya menyiarkan laporan tepat dan
benar supaya rakyat boleh menerima maklumat dari kedua-dua belah pihak.

Menurut carian dalam laman web kumpulan itu, antara nama-nama pengurusan
kanan yang akan dipenjarakan adalah Pengerusi Media Prima Johan Jaafar,
Pengarah Urusan Kumpulan Media, Amrin Awaluddin dan Pengarah Urusan
Kumpulan, Rangkaian Media, Media Prima yang juga penasihat media kepada
BEKAS perdana menteri, Najib Razak.

Menurut Anwar, jika TV3 dan media kawalan Umno terus menerus memburukkan
Pakatan Rakyat, beliau tidak teragak-agak untuk membuat tindakan sedemikian
demi menjaga keharmonian dan ketenteraman kaum di negara ini.

Janji Najib untuk menyerahkan kuasa dalam proses peralihan yang selamat dan
tiada huru hara masih dipegang Anwar semasa Najib sendiri mengumumkan
pembubaran parlimen 3 April lalu.

Anwar percaya TV3 akan terus mengaitkannya dengan pencerobohan di Sabah
dalam tempoh berkempen ini bagi memastikan ketakutan diwujudkan di kalangan
rakyat seterusnya fitnah paling jahat pernah dilakukan stesen itu selain
fitnah liwat pada 1998 dan 2008.

Atas kuasa eksekutif sebagai perdana menteri, Anwar akan mengarahkan harga
minyak diturunkan serta-merta sebanyak 40 sen menjadi RM1.50 buat permulaan
selain memastikan tiada pemimpin Umno dan BN cuba melarikan diri ke luar
negara selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Jaminan Anwar bahawa Pakatan Rakyat akan berbuat demikian kepada pengurusan
TV3 serta menurunkan harga minyak supaya nasib rakyat terbela mendapat
tepukan gemuruh penduduk yang datang dari sekitar Trong, Simpang dan
Changkat Jering sendiri.

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress