Petanda Ghani Othman Bakal Di Talkinkan Di Gelang Patah

 

Setelah Lim Kit Siang berjaya menawan perasaan Cina Johor malam tadi dalam
satu perhimpunan di sini, jelas kelihatan beliau bermaksud untuk membantu
menembusi populasi Melayu di negeri kelahiran Umno itu untuk Pakatan Rakyat
(PR) dalam Pilihan Raya 2013.

Tidak seperti di negeri disebelah utara, parti
pembangkang telah berkali-kali gagal untuk menang besar di negeri paling
selatan Malaysia itu.

“Parti Melayu dalam pembangkang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan
sokongan daripada komuniti Melayu di Johor, jadi kehadiran Kit Siang di
selatan Johor terutamanya, telah mengubah situasi,” kata Ibrahim Suffian,
pengarah eksekutif Merdeka Center.

Penentangan Johor terhadap PAS dan PKR menurut Ibrahim, berkait dengan
sejarah. Negeri yang independen itu sudah biasa menguruskan urusan sendiri
lama dahulu dan ia merupakan negeri terakhir dimasukkan dalam pemerintahan
penjajah Inggeris.

Ia telah mendirikan tembok agama yang kuat sehingga tidak memberikan ruang
kepada rakan parti Islam dalam PR PAS untuk bertumbuh di Johor oleh kerana
sekolah agama didanai dan diuruskan oleh kerajaan negeri. Sebagai tambahan
menurut Ibrahim, PAS dilihat sebagai pengaruh dari utara.

Tetapi lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan
di Johor.

Isu dibangkitkan oleh PR sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima
oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di
tempat letak kereta terbuka Sutera Mall untuk mendengar Kit Siang, pengerusi
DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang merupakan calon bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Salahuddin Ayub untuk bercakap.

Anak kepada penasihat DAP itu dan penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng diberikan sambutan hangat termasuk dengan letupan mercun sebaik
sahaja beliau tiba selepas 11 malam dari Kluang.

Dua ribu kerusi plastik berwarna merah yang disediakan berhampiran dengan
pentas terbuka penuh dan ribuan lagi berdiri sepanjang empat jam curriculum
tersebut.

Lawan Kit Siang, calon BN Datuk Abdul Ghani Othman memulakan kempennya
dengan kecil-kecilan dimana lebih kurang 400 orang dilaporkan hadir di
programnya di Kangkar Pulai malam tadi.

Apa yang menarik dalam hadirin Cina yang bersemangat malam tadi adalah
sejumlah keluarga hadir dengan tiga generasi.

Ramai memakai topi berbentuk maskot DAP burung kenyalang bernama “Ubah”.
Semua ini dijual di khemah yang terletak dipinggiran selain t-shirt partisan
semua warna dengan pelbagai mesej seperti: Ubah Bersama Kit Siang 2.0 dan
Ini Kalilah.

Seorang relawan wanita muda di salah satu meja di bawah khemah putih di sana,
Jenni Sin berkata, ramai Cina Johor bekerja di Singapura dan berulang-alik
setiap hari di Tambak Johor bukan kerana terpikat kepada republik itu,
tetapi kerana boleh mendapat gaji yang lebih baik.

Mereka tidak gembira dengan politik Singapura dan merindui untuk bekerja di
Malaysia dan menanggung keluarga, kata wanita berumur 27 tahun itu —
mempunyai empat adik beradik, salah seorang yang berulang alik setiap hari
ke Kota Singa dan menambah kesemua adik beradiknya enggan menjadi
warganegara Singapura.

Cina Johor sedar mengenai kemungkinan perubahan yang mungkin menyebabkan
impian mereka untuk masa depan lebih baik tercapai, bukan sahaja buat
generasi mereka, tetapi anak-anak mereka, kata peniaga wanita yang bekerja
di sini tidak seperti adik beradiknya.

“Bagi Du Du, ibunya akan lawan,” kata Sin sambil menunjukkan gambar anaknya
memegang kad bertulis dalam bahasa Cina, “Pulanglah untuk mengundi”, yang
dicetak di T-shirtnya

Ibrahim dari Merdeka Center mengatakan langkah DAP di Johor telah
membangkitkan masyarakat Cina.

“Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan mengetuai kempen DAP di Johor
telah menyeronokkan komuniti Cina dan menunjukkan mereka serius untuk
berkembang dan mendekati mereka,” kata Ibrahim.

“Kehadiran Kit Siang dalam meningkatkan sokongan Cina untuk Pakatan telah
membantu merapatkan jurang untuk parti-parti pembangkang bagi mencapai
matlamat mereka,” tambah beliau.

Ibrahim menambah Melayu di Johor tiada masalah tinggal bersama masyarakat
Cina akan tetapi sentimen perkauman telah dieksploitasi oleh mereka yang
berkuasa untuk menimbulkan ketakutan.

Tetapi ia adalah krisis dilihat dicetuskan oleh Pendaftar Pertubuhan yang
enggan untuk mengiktiraf pemegang jawatan parti dipilih pada 48 jam sebelum
hari penamaan calon semalam, secara tidak sengaja meningkatkan kempen PR di
Johor untuk pilihan raya 5 Mei.

Tindakan pemimpin DAP mengumumkan secara terbuka mereka rela bertanding di
bawah logo bulan PAS, walaupun terdapat perbezaan ideologi, membantu
meyakinkan Melayu Johor bahawa DAP bukan “chauvinis”, kata Ibrahim.

Zulkifli Mat Isa, 48 adalah diantara orang Melayu yang dilihat disebalik
ribuan masyarakat Cina dalam ceramah malam tadi, membuktikan pemerhatian
penganalisis yang berpengkalan di Kuala Lumpur itu.

Lelaki kelahiran Pulau Pinang yang kini merupakan pengundi Pasir Gudang
memberitahu The Malaysian Insider, Melayu Johor sekarang sudah berubah
pandangan.

“Kerana Lim Kit Siang. Dia bapak ketua menteri Pulau Pinang,” kata Zulkifli.

“Dulu, orang ingat DAP cauvinis. Sekarang, dah tau. Kat Pulau Pinang, takde
huru-hara pun,” katanya mengenai huru-hara yang sering ditakutkan oleh
pemimpin BN jika PR menang pilihan raya umum ke 13.

Pereka dalaman itu berkata sokongan Melayu Johor meningkat, walaupun mereka
tidak secara terbuka seperti Cina; mereka menutup mulut tetapi membuka mata
dan mendengar maklumat yang diperolehi atas talian.

“Sekarang, dah ubah. Kerana orang dah sedar. Anything but Umno,” katanya.

Selain Zulkifli yang mengakui sebagai ahli PKR terdapat dua orang kawannya
di Sutera Mall, mereka sebahagian daripada Melayu di sini malam tadi,
termasuk empat anak muda di bawah bayang-bayang lori berhampiran dengan
pentas utama.

Satu atau dua yang masih lagi kelihatan seperti remaja dilihat memakai
pakaian DAP.

“Melayu pun sudah tahu. Dulu, orang tak berani pakai ini pun,” katanya,
tentang topi besbol DAP berwarna merah.

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress