Mike Tyson Kempen Sokong Pakatan Rakyat

 

Inilah namanya seorang pemimpin sejati walaupun pernah dikutuk kerana
melakukan kesalahan ketika bersama Umno. Tetapi alhamdulillah, dengan nyawa
masih bersisa di jasad, Allah SWT masih lagi memberi ruang kepada hamba-Nya
untuk bertaubat dan membetulkan kesilapan lalu.

Senario ini berlaku kepada seorang bekas pemimpin besar
Umno yang sudah pun mengisytiharkan sokongan kepada PAS.

Dan buktinya, kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhd Taib
atau lebih di kenali gelaran ‘Mike Tyson’ pada majlis Jamuan Rakyat di
Sungai Choh dekat sini, yang diadakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-13
berlangsung, mengejutkan banyak pihak.

Kemunculan beliau sekali gus mengesahkan laporan sebelum ini bahawa seorang
bekas menteri besar akan menyertai komponen Pakatan Rakyat.

Menurut calon kerusi Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar, Muhammad
dijangka mengumumkan secara rasmi penyertaan beliau sebagai ahli PAS di ibu
pejabat parti itu hari ini.

“Saya melihat pengunjung hampir 2,000 orang yang hadir di majlis Jamuan
Rakyat ini terkejut melihat kehadiran bekas Menteri Besar Selangor ini.

“Sambutan diterima cukup hangat daripada penduduk sekitar,” katanya semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bengkulu Malaysia yang turut
dihadiri Presidennya, Brigadier Jeneral Abdul Hadi Abdul Khatab dan turut
hadir ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Choh.

Turut hadir, calon kerusi DUN Batang Kali, Dr K Ramachandran. Muhammad atau
lebih dikenali sebagai Mat Taib yang merupakan bekas ADUN Batang Kali dan
pernah menang tanpa bertanding sebanyak dua kali di kawasan itu.

“Beliau turut menjulang tangan saya bersama Ramachandran sebagai sokongan
terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

“Mat Taib turut dijangka menghadiri curriculum bersama Ketua Umum KEADILAN,
Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-ALLAH,” katanya.

Dalam laman sosial Facebooknya enam jam lalu, Khalid mengatakan:

Jeng jeng jeng. Tan Sri Muhammad Taib
tamu mengejut di jamuan rakyat Persatuan Bengkulu di Sungai Choh
tengahari tadi lantas memberikan sokongan pada saya..

Muhammad merupakan bekas menteri Kabinet dan Naib Presiden Umno.

Menurut Khalid dalam laman sosial itu juga, Muhammad sangat terharu dapat
berjumpa semula dengan bekas pengundinya yang sudah mengundi selama empat
penggal hingga dilantik menjadi menteri besar pada 1986.

Apa yang menarik perhatian, penyokong Umno yang mengetahui majlis tersebut
enggan bertemu dengan Muhammad malah mencemuhnya dengan kata-kata kesat
hingga dilabelkan sebagai ‘pengkhianat bangsa dan agama’.

Bagaimanapun, Muhammad hanya tersenyum melihatkan gelagat pemuda Umno yang
seakan marah dengan keputusannya menyertai dan menyokong calon Pakatan
Rakyat di bekas kerusi DUN yang dipegangnya selama empat penggal
berturut-turut.

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress