Melia Aimiellia Tarik Saman Terhadap Blogger

Mungkin akan ada orang yang hairan bagaimana saya boleh memaafkan mereka begitu sahaja sedangkan ini adalah isu yang besar. Tapi bagi saya, biarlah ianya berhenti disini. Saya pun tak mahu perkara ini berpanjangan. Keluarga saya pun sudah bersetuju untuk memaafkan mereka.

“Lagipun mereka sudah meminta maaf secara terbuka dan mengaku salah menulis segala tuduhan tanpa usul periksa terlebih dahulu,” ujar Melia Aimiellia

Dalam pada itu, pemilik blog hiburan berkenaan yang telah menuduh dan menyebarkan beberapa keping gambar gadis mirip Melia Aimiellia bogel itu juga hadir dalam majlis sidang akhbar ini yang dianjurkan oleh persatuan Seniman. Pemilik blog, Ismail, telah meminta maaf secara terbuka dan mengaku kesilapan mereka terhadap Melia.

“Saya ucapkan terima kasih pada Melia kerana menarik balik laporan polis dan SKMM terhadap kami. Saya juga meminta maaf kerana menulis artikel berkenaan dan menuduh anda.

“Sekali lagi, kami meminta maaf secara peribadi dan terbuka kepada Melia Aimiellia dan keluarga atas tuduhan sebelum ini.”

Hasil carian Google :

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2012 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress