Filem Ombak Cinta Perolehi 4Juta

 

Filem arahan Osman Ali ini bakal menggegarkan industri perfileman negara sekali lagi selepas filem “KL Gangster” arahan Shamsul Yusof yang mengaut RM11 Juta selepas tamat tempoh wajib tayang.

Bergenrekan romantik dan cinta, filem yang membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Maya Karin ini benar-benar memberikan impak kepada penonton di seluruh Malaysia. Antara komen-komen penonton selepas menonton filem ini;

I noe its too late, Ombak Rindu was the best… Gerek! Serius, best like tale!!! – @MDFIR

Ada juga yang marah kerna kehabisan tiket

Gila laaa, ombak rindu full for a week?! Ni tak puas hati ni. Bak sini ticket, aku nak tgk. Eh pecahkan machine ticket tu kang. Nak tgk!! – @curlyhearts

Seperti yang kita sedia maklum, kutipan hari pertama filem ini turut mencecah RM750,000 dan hari kedua pula melebih RM1 Juta. Ini adalah satu peningkatan yang memberangsangkan dalam industri perfileman negara. Jika sebelum ini kutipan meletup untuk filem “KL Gangster” yang bergenrekan aksi dan gangster, filem “Ombak Rindu” yang bertemakan romantik dan cinta bakal mencantas rekod Syamsul Yusof jika trend ini berterusan.

Penerbit “Ombak Rindu” yang juga bekas penerbit filem “Lagenda Budak Setan” ketika ditemui wartawan Utusan memberitahu,

“Melalui Ombak Rindu, saya yakin kegemilangan filem Melayu bertemakan cinta akan kembali menjadi kegilaan penonton. “Diharap tarikan filem ini mampu bertahan melebihi tempoh minggu wajib tayang iaitu selama dua minggu.”

Hasil carian Google :

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2011 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress