Drama Juvana Ke Layar Perak, “Juvana The Movie”

Drama well loved yang disiarkan di TV3 iaitu Juvana bakal berpindah medium ke layar perak tidak lama lagi. Produksi filem tersebut kini sedang mencari pelakon berbakat yang sesuai untuk membintangi filem itu yang bakal bertajuk Juvana The Movie.

Versi drama dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As’ari, Bront Palarae, Beto Kusyairy, Izreen Azminda dan ramai lagi. Namun demikian, tidak semua pelakon asal drama tersebut bakal kembali ke layar perak.

Difahamkan latar cerita untuk versi filem diambil selepas kejadian rusuhan di Sekolah Wira Bakti dan sebelum pesalah juvana itu berjaya dalam bidang masing-masing.

Antara yang dicari ialah:

1. Pelajar perempuan dan lelaki berumur 17-25 tahun sahaja

2. Orang tua berumur 36-45 tahun sahaja

3. Lelaki dewasa berumur 28-35 tahun sahaja.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

1. Berpenampilan kemas dan mempunyai disiplin yang tinggi

2. Mempunyai asas lakonan

3. Membawa gambar berukuran “fullshot” dan “medium” shot.

Mereka yang berminat, sila hadirkan diri pada

Tarikh : 23-24 November 2011

Masa : 12 tengahari hingga 5 petang

Lokasi : 48-2, Jln PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Hasil carian Google :

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2011 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress