Awang Adek Dakwa Zionis Salur Dana PRU13 Pada Pakatan Rakyat

 

BACHOK – Kementerian Kewangan menerima laporan yang boleh dipercayai
mengenai terdapat dana asing daripada pelobi Zionis yang cuba mencampuri hal
ehwal politik negara ini, yang disalur kepada pihak tertentu untuk membiayai
pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, Bank Negara sedang memantau kegiatan itu dan berharap pihak berkuasa berkaitan turut menyiasat perkara tersebut.

“Ini mungkin disebabkan negara ini memberi sokongan kuat terhadap perjuangan
rakyat Palestin yang tidak menyenangkan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada 566 nelayan di sini, hari ini.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan,
turut berkata pihaknya menerima aduan cubaan menyogok pengundi antara RM200
dan RM300 di Kampung Sungai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun)
Perupok di sini, melibatkan beberapa individu.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bachok itu mendakwa sebelum
menyerahkan wang, pengundi yang ditemui dalam lawatan rumah ke rumah itu
diminta di hadapan surah Yasin supaya mengundi calon tertentu.

Menurut Awang Adek, tindakan serupa dilakukan di Dun Tawang dan tidak
menolak kemungkinan ia berlaku di kawasan lain di Kelantan.

Beliau menggesa kegiatan itu dihentikan segera.

Turut hadir calon Dun Jelawat Datuk Dr Ilias Hussin, Dun Perupuk Datuk Zaidi
Sidek dan Dun Tawang, Mohd Zain Yassin. ~bernama

Awang Adek.. kalau betul sertakanlah bukti jangan main cakap je. Zaman
sekarang setiap dakwaan perlu disertakan bukti. Jangan hanya bercakap
kononnya dari sumber boleh di percayai.. rakyat bermaklumat akan tolak tanpa
bukti kukuh.

 

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2013 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress