Advertlets Scammer

Entri kali ini aku tulis atas sebab ketidakpuashatian aku pada pihak Advertlets yang tidak pernah membayar earning aku walaupun dah berkali-kali aku request untuk cashout.Tarikh aku request untuk payout pun dan menjangkau 2 tahun.Mana tidaknya,aku request hari tu pada tahun 2010 dan sekarang nie dah 2012.

Pada blogger-blogger kat luar sana,hati-hatilah korang nak letak iklan dari Advertlets yang nyata suke Scam blogger yang tidak terkenal.Blogger yang terkenal pun terkena oleh mereka ini.Terpulanglah pada korang nak letak iklan Advertlets ini ataupun tidak.Lebih baik letakkan iklan Nuffnang dari letak iklan Advertlets ini.

Kepada pihak Adverlets,jika korang ada baca entri ini lebih baik korang cepat bayar pada blogger yang korang dah tipu.Kalau tak pun,korang bayar kat aku.Bukan banyak mana pun earning yang aku dapat dari korang,cuma RM100 itu pun korang tak mampu nak bayar.


Korang tengok screen shoot yang aku buat atas tu,bukan banyakkan.Nie baru aku yang earning hanya RM100 yang pihak Advertlets tak bayar sampai sekarang.Bagaimana pulak dengan blogger-blogger yang dah beribu earning mereka sampai sekarang tak bayar-bayar lagi.ahhh,malas nak cerita panjang-panjang.Nasihat aku pada blogger kat luar sana,jangan letak iklan Advertlets kat blog korang.Nanti jadi macam aku……

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2012 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress