Ada Kesilapan Dalam Pengiraan anugerah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011)

Hari ini kecoh satu Malaysia tentang ura ura yang mengatakan anugerah Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 2011 (AIM2011) akan di’kembalikan kepada pemenang yang layak sebenarnya.Pemenang asal gelaran Lagu Terbaik adalah Penakut yang di’cipta & di’nyanyikan oleh Yuna di’khabarkan akan memulangkan trofi kemenangan.

Yuna dalam kenyataan tidak rasmi melalui Twitter mengesahkan perkara ini tetapi tidak memberikan ulasan lanjut kerana menurut beliau ini bukan urusan secara langsung — beliau hanya pencipta & penyanyi.

Kami berjaya menghubungi Naib Pengerusi RIM, Adrian Lim untuk memberikan komen tentang isu ini dan mengakui memang ada kesilapan dalam pengiraan mata pemenang oleh pihak terlibat.

“Sebenarnya memang ada kesilapan ketika proses pengiraan yang di’lakukan oleh Ernst & Young — yang mana tidak mengikut syarat syarat & panduan yang kami berikan terlebih awal,” ujar Adrian Lim.

“Namun sepatutnya perkara ini tidak menjadi satu isu kerana kami merancang satu sidang media khas secepat mungkin — mungkin esok (Khamis) untuk menjelaskan perkara ini”

Menurut beliau lagi, gelaran Lagu Terbaik AIM 2011 akan turut di’serahkan kepada pemenang yang sepatutnya iaitu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain & ciptaan Edry Abdul Halim dalam majlis yang sama.

Kami sebenarnya rasa tidak adil menyiarkan kenyataan Adrian Lim seorang berkaitan hal ini dan ada baiknya kita menunggu sidang media yang bakal di’adakan RIM dalam satu atau dua hari lagi.

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2011 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress