Abby Abadi Akui Putus Cinta Bersama Zul Ariffin, Punca Tekanan?

abby abadi ptus cinta

Minggu lalu, kami mula perasan yang Abby Abadi telah memadam laman rasmi Facebook beliau. Tidak pula kami tahu Abby Abadi memiliki blog sendiri.Dalam tulisan terbaru Abby Abadi dalam blog rasmi beliau, aktress ini mengakui yang beliau kini sudah tiada apa apa hubungan dengan Zul Ariffin.

Abby Abadi menulis yang beliau sangat sayangkan Zul Ariffin tetapi masa, keadaan & orang orang tertentu tidak menyebelahi hubungan cinta mereka untuk di’teruskan ke tahap seterusnya.Namun begitu, Abby Abadi merahsiakan sebab sebenar mereka berdua putus cinta yang berlangsung lebih 3 tahun ini dan berharap yang Zul Ariffin akan berbahagia dengan kehidupan baru’nya sekarang ini.

Panjang lebar juga tulisan Abby Abadi tentang hal ini di’blog beliau dan jika anda berminat untuk membaca semuanya, layarkan skrin anda ke blog rasmi Abby Abadi.

Nampanya satu lagi dugaan menimpa Abby Abadi dan kami tahu aktress ini mampu mengharungi’nya seperti mana dugaan dugaan sebelum ini.

Hasil carian Google :

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Copyright © 2011 Sukati lah ! · All rights reserved ·
Powered by WordPress