Politik

Kenyataan Muhyiddin Ini Menghina Calon BN Sendiri?

 

Tindakan dan kenyataan kebudak-budakan timbalan presiden Umno, Muhyiddin
Yassin yang mempersoalkan kemampuan Naib Presiden PAS, Husam Musa bertanding
di dua kerusi sebenarnya menghina kem sendiri.

Adakah dia terlupa bahawa pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa
Mohamed juga bertanding di dua kerusi, satu di parlimen Jeli dan satu lagi
di DUN Air Lanas dalam parlimen sama?Dengan harapan salah satu kerusi dimenangi, Mustapa dipercayai bernafsu
besar untuk menggantikan bekas Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat sekiranya berpeluang merampas Kelantan.

Tetapi agensi berita rejim pencacai nombor satu, TV3 sebentar tadi ‘mengolah’
kenyataan Muhyiddin yang mengutuk Husam bertanding dua kerusi di dua negeri
berlainan pula.

Ia seolah-olah mengetahui kenyataan awal Muhyiddin yang mengatakan Husam
bertanding di dua kerusi sebenarnya menempelak Mustapa secara tidak sengaja.

Semalam, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri menegur tindakan Husam yang
tetap mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, di Kelantan,
tetapi pada masa sama bertanding merebut kerusi parlimen Putrajaya.

Menurutnya Husam sebenarnya disisih oleh kepimpinan PAS Kelantan dan
diletakkan bertanding di Putrajaya, kawasan yang satu ketika dulu pernah
dibayangkan akan dilelong oleh PAS.

“Kita (BN) nak jadi wakil rakyat di sini, nak kerja … orang Putrajaya ni
mesti tentukan dia kalah teruk, kalau boleh hilang wang pertaruhan,” katanya
pada ceramah politik di Presint 9 malam tadi.

Pertandingan merebut kerusi Parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan satu
lawan satu antara penyandang, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Adnan
Mansor dan Husam.

Muhyiddin serterusnya mengingatkan penduduk Putrajaya yang rata-rata terdiri
daripada penjawat awam, mengenai hasrat Pakatan rakyat sebelum ini untuk
mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya mereka berkuasa.

Tohmahan yang dilempar Muhyiddin itu jelas menggambarkan ketakutannya kepada
Husam yang semakin mendapat sokongan penjawat awam hingga terpaksa membantu
Adnan berceramah di parlimen itu.

Tindakannya dipercayai akibat mengetahui ceramah Husam bersama Presiden PAS,
Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 April lalu di parlimen itu mendapat
sambutan melebihi jangkaan, malah ramai kakitangan awam sudah tidak
mempedulikan amaran yang dikeluarkan Umno dan BN terhadap mereka.

Ini ditambah lagi dengan kehadiran lebih 7,000 penyokong yang mengarak Husam
pada hari penamaan calon Sabtu lalu sedangkan penyokong BN yang mengiringi
Adnan hanyalah sekitar 500 orang.

Ketakutan dari sambutan inilah punca mengapa Muhyiddin sanggup keluar dari
parlimen Pagoh petang semalam membantu Adnan sedangkan dalam kempen
pilihanraya umum sebelumnya, kelibat Muhyiddin jauh sekali Najib langsung
tidak kelihatan.

Belum prernah seorang BEKAS timbalan perdana menteri terpaksa turun membantu
calon BN terutama Adnan di Putrajaya kerana selama ini Muhyiddin menganggap
calon Pakatan Rakyat pasti akan kalah dengan majoriti sekitar 3,000 undi.

Tetapi dengan pertambahan mendadak pengundi baru dan berdaftar kali pertama
seramai lebih 9,000 orang, peluang Adnan untuk mempertahankan kerusinya
makin sukar dan berliku.

Apakah strategi dan kenyataan Adnan kononnya Husam akan hilang wang deposit
boleh diterima akal waras dalam suasana kebangkitan rakyat memuncak di
seluruh negara?

Muhyiddin pasti ada jawapan kepada persoalan di atas.

Related Articles

Komen Korang ? :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 1 = 1

Close
Close